Thursday 10 March 2011

Salam Perkenalan...


Suatu ketika dulu, pernah saya ditentang hebat, dihujani kritikan kritikan pedas, tuduhan tuduhan yang tidak adil dan ada juga yang mengatakan saya kurang waras kerana idea saya untuk membuka perniagaan dobi di Kuala Lumpur.

Golongan ini juga mengatakan idea perniagaan ini tidak sesuai untuk usahawan melayu kerana perniagaan dobi dimonopoli oleh usahawan usahawan berbangsa  cina dan india pada ketika itu. Idea ini seperti membunuh diri  kata mereka. Ketika itu saya tidak berkecil hati dengan kritikan mereka kerana saya melihat idea perniagaan dobi secara holistik dan mempunyai prospek yang sangat besar dan secara tidak langsung telah mengeraskan azam saya untuk meneruskan perniagaan dobi.

Pada awal perniagaan, saya banyak mendapat masalah dalam menguruskan dobi kerana ketika itu tiada kursus dan latihan ditawarkan untuk usahawan melayu. Tekanan besar dari sahabat dan keluarga,suara suara sumbang, pembekal sabun dan drycleaning centre yang  ‘double standard’  terhadap usahawan melayu dan banyak perkara perkara yang saya rasa tidak sesuai dikongsikan di sini. Sabar dan tawakal menjadi bekal dan saya kuatkan semangat menghadapi  cabaran.

Semua ilmu pengetahuan bisnes dobi ini saya perolehi dari masalah masalah yang saya hadapi ketika menjalankan perniagaan dobi seperti masalah staff,pengurusan mesin, pengurusan duit, pemasaran, pelanggan, pembekal dan sebagainya. ‘Learning by doing’!!!..Masalah masalah tersebut telah banyak membantu saya dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan saya dan saya tahu selok belok dalam menjalankan perniagaan dobi. Dan saya dapat pelajari ‘do’s and don’t’s’ dalam perniagaan dobi dan semuanya ‘by heart’.

Akhirnya dengan usaha,tawakal dan izin Allah SWT, saya telah berjaya dalam bisnes ini dan  memperolehi ‘special bullet’ untuk bersaing di dalam bidang dobi yang penuh mencabar. Kini, rakan taulan, sanak saudara yang mempunyai persepsi yang buruk dalam bidang ini turut menceburi perniagaan ini dan saya sangat berbangga dapat memberi inspirasi kepada usahawan usahawan lain bersama sama meningkatkan ekonomi.

Kini, kepada usahawan usahawan yang berminat menceburi bidang ini, tidak perlu menghadapi kesusahan seperti mana saya hadapi kerana syarikat saya ( Harum Solutions ) menawarkan perkhidmatan kursus asas dobi, latihan dan khidmat nasihat. Harum Solutions akan membantu anda dari semua aspek dan sudut dalam melahirkan usahawan dobi yang berdaya saing tinggi.

Terima Kasih,
Yang benar
Cikgu khairy